Pages

Sunday 16 March 2014

Gaji Banyak Masih Tak Cukup

dipetik dari sinar harian



KOTA BHARU - Seorang jururawat berdepan hukuman penjara 60 tahun selepas dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini, semalam, atas tiga tuduhan menggunakan wang palsu berjumlah RM1,540, tahun lalu.

Nor Aziarina Ismail, 30, dari Kampung Jelor, Pasir Puteh, bagaimanapun membuat penafian menggunakan duit tersebut untuk tiga tujuan itu.

Pada tuduhan pertama, dia didakwa menggunakan lapan RM100 palsu bernombor siri AH8309980, AJ2209377 dan AD6826408 untuk membeli tablet Samsung daripada Raja Muhamad Safuan Raja
Mamat, 23, di simpang tiga Wakaf Lichung, Pasir Puteh, jam 7.30 malam, 26 November.

Bagi tuduhan kedua dia dituduh menggunakan tujuh RM100 palsu untuk tablet Asus daripada Muhamad Afifizuhdi Muhamad Sukri, 24, di simpang tiga Bukit Tiu, Machang, jam 7.10 malam, tarikh sama.

Sementara pada tuduhan ketiga, sehari sebelum itu, tertuduh didakwa menggunakan dua RM20 palsu di sebuah stesen minyak di Banggol Judah Machang, pada jam 6.49 petang.

Ketiga-tiga dakwaan dibuat mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman masing-masing penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Nasir Abdullah, manakala, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh tidak dibenarkan jamin dan sebutan semula ditetapkan pada 13 Mac depan.

Sebelum ini, Nor Aziarina mengaku tidak bersalah atas lima tuduhan sama, manakala, suaminya pula menafikan tuduhan memproses wang palsu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Silakan Menyalak Puan dan Tuan Jururawat Sedunia