Pages

Monday 11 August 2014

Nurse Tikar Terbang HKL


nurse memang tak pernah nak serius kerja..kerajaan bagi gaji banyak tp hasil ni seperti kat atas..perangai mcm ni nak rawat pesakit..terumo pump tu ingat harta dia..dok main2 macam tu rosak bukan korang nak bayar ganti rugi pun.nak kata bodoh ada yg bijak tp bila jadi nurse mmg jadi bodoh juge. la ..korang lihat dan nilaikan sendiri dengan mata hati korang. zam zam ala kazam #stupidnurse

Monday 14 April 2014

Kebiadapan Jururawat Hospital Besar Kota Bharu



Jasa hospital kerajaan kepada kita semua sememangnya banyak.
Tidak boleh dinafikan, tak kita sudah tentu ada adik-beradik atau keluarga kita yang pernah mendapat manfaat dan terselamat nyawa akibat hospital kerajaan.
Tak hari ni, mungkin beberapa tahun lalu…
Kerajaan juga tidak dinafikan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek perubatan percuma.
Peningkatan mutu perkhidmatan di hospital kerajaan juga semakin baik.
Cuma masalahnya kekadang jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan adalah terlalu ramai…bukan kekadang pun, setiap masa macam tu.
Akibatnya memang kita kena menunggu lama …tapi janganlah merunggut sebab orang lain pun tunggu jugak.
Disebabkan itu, beban kerja para jururawat dan doktor menjadi banyak. Kalau tak silap tahun lepas siap ada seorang doktor pelatih Cina yang bunuh diri akibat beban kerja.
Itulah antara masalah yang penulis tahu kerajaan cuba perbaiki. Namun ia tidak semudah yang disangka.
Bukan mengampu kerajaan, tetapi penulis dan keluarga penulis terutama arwah ibu suatu masa dahulu banyak terhutang budi dengan rawatan di hospital kerajaan.
Jangan kita lupa jasa orang bila kita dah senang dan mampu ke hospital swasta.
Bagusnya hospital kerajaan walaupun terpaksa menunggu ialah, mereka tidak akan membuat sebarang ujian yang merepek.
Di hospital swasta, pantang ada peluang sikit mesti nak buat ujian itu ujian ini….supaya kita perlu bayar lebih = untung lebih.
Jangan kata hospital swasta bagus sangat, pengalaman membawa anak ke Hospital Ampang Puteri baru-baru ini menyebabkan penulis malas hendak jejak kaki ke sana lagi.
Doktor bagi kebenaran keluar hospital 11 pagi, kakitangan wad dengan bahagian pembayaran punya bodoh dan lembab, malam pukul 9 baru dapat keluar….punyalah gila kami sekeluarga menunggu dari siang bawak ke malam untuk keluar…nak kata hospital kerajaan lambat?
Yang penulis hendak tekankan di sini ialah hospital kerajaan ada kekangan dan Kementerian Kesihatan memang berusaha untuk memperbaiki.
Kadang-kadang dari segi dasar semua okay…tetapi segelintir kakitangan yang lebih sudu daripada kuah yang menjadi masalah.
Hari ini di Facebook ada sebuah gambar luahan hati seorang bapa terhadap sikap seorang jururawat Hospital Besar Kota Bharu.
Tengok pada jumlah orang share, sah gambar tu dah jadi viral.
Sebenarnya perlu ada siasatan untuk memastikan apa yang benar-benar berlaku. Benarkah ada dialog seperti itu. Takut ibubapanya yang marah dengan apa terjadi dan mahu mengenakan jururawat tersebut.

Kisah sebenar kita tidak tahu lagi. Terlalu awal untuk kita belasah satu pihak sahaja.
Namun, jika benar jururawat berkenaan berkata demikian, maka dia harus diingatkan bahawa kerajaan labur berbilon ringgit setiap tahun termasuk membayar gaji jururawat tu, so menjadi tanggungjawab dia untuk buat kerja dan tak perlu sindir-sindir orang.
Pasti sekali bukan dasar Kementerian Kesihatan untuk sindir pesakit yang datang. Inilah masalahnya, kerajaan dah buat semua, yang duduk kat bawah makan gaji tu tak faham cara nak buat kerja sejajar dengan misi dan visi yang kerajaan hendak capai.
Berikut luahan bapa tersebut;
“Kerja Nurse hospital kota bharu, bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase..bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya..
Nasib baik isteri sendiri yg tnya, klau aku sendiri mmg mkn maki hamun gan aku..walaupun bukan anak sendiri, ingatlah tanggungjawab wahai nurse, esok2 kubur hang jawabla gan Tuhan sendiri..ini bukan anak sy, tp beringtlah kpd sesiapa yg sygkan anak..tolong share..”
“Ward 2 SCN, Pukul 6.30 Pagi td..B/O Nurul Wahidah Hospital Besar Kota Bharu”

Penceritaan diatas merupakan kisah benar dan dicopy paste dari blog lain yang minta disebarkan kisah kejahatan nurse ni.

Sunday 16 March 2014

Gaji Banyak Masih Tak Cukup

dipetik dari sinar harian



KOTA BHARU - Seorang jururawat berdepan hukuman penjara 60 tahun selepas dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini, semalam, atas tiga tuduhan menggunakan wang palsu berjumlah RM1,540, tahun lalu.

Nor Aziarina Ismail, 30, dari Kampung Jelor, Pasir Puteh, bagaimanapun membuat penafian menggunakan duit tersebut untuk tiga tujuan itu.

Pada tuduhan pertama, dia didakwa menggunakan lapan RM100 palsu bernombor siri AH8309980, AJ2209377 dan AD6826408 untuk membeli tablet Samsung daripada Raja Muhamad Safuan Raja
Mamat, 23, di simpang tiga Wakaf Lichung, Pasir Puteh, jam 7.30 malam, 26 November.

Bagi tuduhan kedua dia dituduh menggunakan tujuh RM100 palsu untuk tablet Asus daripada Muhamad Afifizuhdi Muhamad Sukri, 24, di simpang tiga Bukit Tiu, Machang, jam 7.10 malam, tarikh sama.

Sementara pada tuduhan ketiga, sehari sebelum itu, tertuduh didakwa menggunakan dua RM20 palsu di sebuah stesen minyak di Banggol Judah Machang, pada jam 6.49 petang.

Ketiga-tiga dakwaan dibuat mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman masing-masing penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Nasir Abdullah, manakala, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh tidak dibenarkan jamin dan sebutan semula ditetapkan pada 13 Mac depan.

Sebelum ini, Nor Aziarina mengaku tidak bersalah atas lima tuduhan sama, manakala, suaminya pula menafikan tuduhan memproses wang palsu berkenaan.

Contoh Sikap Teruk Jururawat KKM


Inilah sikap jururawat kerajaan di Malaysia yang boleh digambarkan tidak profesional dalam kerjaya mereka. aku boleh cakap jururawat sebegini kalo kerja di hospital bukan pesakit makin sihat. mestinya makin teruk. Sikap jururawat sebegini mengambarkan betapa teruknya sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

cuba tengok gaya jururawat ketiga yang memegang terumo pump tu seperti seorang yang tidak waras. apakah yang bermain difikiran mereka sehingga semasa bekerja pun mereka sanggup bermain-main dan bersikap acuh tak acuh. Memang tak sepadan dengan gaji jika kita rakyat tengok hasil jururawat yg seperti ni lakukan. 

Gaji yang besar tapi lebih kepada makan gaji buta. Mengikut sumber yang dipercayai.3 orang jururawat ni merupakan kakitangan hospital kementerian kesihatan malaysia dan gambar tak senonoh ni telah menjadi viral diinternet.

Tuesday 4 February 2014

Jururawat Malaysia Pelacur??



Kan aku dah cakap. Ramai orang mmg tak suka dengan perkhidmatan kejururawatan di Malaysia. Salah seorang nya En Ryutaro Ken. Dia Ada pos ketidakpuasan hatinya kepada jururawat di Malaysia ni. Memang betol pun kata dia ni. Aku ada jumpa jururawat yang jadi pelacur. jadi gro. Kalo yang lelaki bulak jadi pondan dan tak kurang jugak gayboy. So jururawat semua sila sedar diri ok. Perangai kamu diperhatikan!!!