Pages

Saturday 6 October 2012

Stupid Degree Nurse

 


Baru-baru ini aku ade terbaca tentang perbincangan satu isu berkenaan degree nurse di Forum Paramedik (boleh link melalui alamat ini bagi sesiapa yang berminat nak baca; http://paramedik.bbfr.net/berita-terkini-warga-jururawat-f79/jururawat-u41-tiada-fungsi-t5122-30.htm). Alhamdulillah, daripada penulisan dan perbincangan yang dibuat, masih terdapat sesetengah pihak dalam bidang kesihatan yang memahami tentang permasalahan dan memberikan respond yang sangat baik dalam menilai permasalahan ini. Selepas membaca beberapa perbincangan yang dibuat, terasa seperti dapat bernafas kembali kerana dalam keadaan tidak sedar masih ada golongan yang mempunyai pemikiran terbuka mengenai permasalahan ini dan tidak jumud dalam memberi komentar masing-masing. Bermakna dekat sini, kita masih mendapat sokongan bagi sesetengah pihak yang berfikiran terbuka berkenaan isu degree nurse dan diploma nurse ini.



Cuma untuk ruang kali ini aku sekadar hendak berkongsi pandangan mengenai isu disebalik ‘degree nurse dan diploma nurse’. Buat masa sekarang ini, masih ramai lagi orang yang keliru dengan kewujudan ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan. Ada yang merasa pelik dengan kewujudan kursus ini dan ada juga yang merasakan kewujudan kursus ini sebagai suatu yang tidak penting. Apa-apa pun pandangan orang tehadap isu ini, kebanyakan mereka yang menolak kewujudan ‘degree nurse’ ini mungkin atas dasar ketidak jelasan terhadap isu tersebut. Pada pandangan aku, kursus ini sememangnya perlu diwujudkan dan seharusnya benda ini telah berlaku lebih awal lagi. Cuma pemasalahan sekarang ini terdapat sesetengah pihak yang masih tidak mahukan perubahan mungkin atas dasar kepentingan peribadi masing-masing. Lebih menyedihkan lagi, penolakan orang terhadap khursus ini datangnya dari mereka yang berlatar belakangkan bidang kesihatan. Semua orang perlu sedar bahawa kewujudan kursus ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurawatan ini sebenarnya sebagai suatu proses perbaikan bidang kejururawatan dan bukan sebagai saingan kepada mereka yang berada dalam kursus diploma kejururawatan seperti kebanyakan pihak anggap.



Pengenalan kepada kursus ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan ini merupakan langkah pertama dalam proses untuk menangkat profession kejururawatan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Namun begitu hasrat ini mugkin tidak akan terlaksana apabila wujud fenomena yang seakan-akan menafikan degree nurse di hospital-hospital kerajaan hanya kerana perbezaan bayaran atau tangga gaji yang merupakan isu sampingan. Bagi pendapat aku, bayaran tangga gaji yang lebih kepada mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang kejururawatan ini bukanlah satu bentuk ketidakadilan kepada diploma nurse kerana mereka yang mengikuti kursus ijazah ini sebenarnya menjalani proses pembelajaran yang lebih lama daripada mereka yang mengikuti kursus diploma. Justeru itu, cost pembelajaran mereka lebih tinggi dan bayaran yang mereka perolehi sebenarnya akan digunakan untuk membayar pinjaman pembelajaran mereka.

Cubalah kita bayangkan, jika kursus ijazah kejururawatan ini ditutup hanya kerana semata-mata terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bayaran yang mereka terima, apakah nasib profession kejururawatan ini di masa hadapan?? Bagaimana pula dengan nasib-nasib diploma nurse yang ada?? Adakah mereka hanya akan kekal ditahap diploma seumur hidup mereka dan tidak akan ada proses pembaikan dalam hidup mereka?? Jika ini yang akan berlaku, maka selama-lamanyalah diploma nurse ini akan menerima bayaran yang sama apabila tidak berlakunya ‘upgrading process’ dalam diri mereka. Bukankah itu akan memberi kerugian kepada profession kejururawatan itu sendiri?? Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa perkara ini juga akan merugikan bidang kesihatan itu sendiri.

Mungkin semua akan tertanya-tanya bagaimana dengan penutupan atau ketidak iktirafan dari sesetengah pihak terhadap kursus ijazah kejururawatan ini akan merugikan?? Sebenarnya, kalau dilihat di negara-negara maju seperti US, UK, Hong Kong and Australia, kebanyakan kursus kejururawatan telah berada pada tahap yang lebih tinggi seperti degree, master atau PHD. Keadaan ini memberi kelebihan kepada jururawat di sana untuk sama-sama terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan rawatan dan penjagaan pesakit tanpa mengharapkan kepada arahan doctor semata-mata. Kerjasama di antara jururawat dan doktor akan menjadi lebih berkesan apabila jururawat mempunyai pengetahuan yang setaraf dengan doctor. Jadi, melalui kursus ijazah dalam kejururawatan ini juga barulah kita dapat kikis tanggapan bahawa jururawat hanya berkerja sebagai ”iron maid” doktor sahaja kerana apa sahaja keputusan doktor perlu diikut. Sebaliknya, apabila pengetahuan kejururawatan ini sudah hampir sama dengan doctor, meraka juga boleh membuat keputusan bila masa ketiadaan atau kekurangan doktor di wad hospital. Pendek kata, bebanan kerja doctor boleh dikurangkan. Cuma disini perlu dijelaskan juga bahawa bukanlah jawatan degree nurse ini boleh mengambil alih bidang tugasan doctor, tapi sekadar dapat mengurangkan bebanan kerja doktor apabila pengetahuan yang mereka miliki hampir lebih kurang sama. Juga perlu difahami bahawa bidang kuasa doktor dan jururawat adalah berbeza yang mana doktor lebih kepada ‘treatment and curing of diseases’ manakala jururawat lebih kepada ‘caring of patients’.

Kesimpulannya, kursus ijazah kejururawatan ini bagus, Cuma terdapat segelintir pihak yang berkepentingan sahaja yang merasakan benda ini merugikan. Cubalah kita bayangkan bila mane di Negara Malaysia ini kita dapat melahirkan degree nurse dan pada masa yang sama juga kita dapat mengupgrapekan taraf diploma nurse yang ada ke tahap degree?? Kita sebenarnya dapt menubuhkan suatu profession yang mana akan dapat member impak kepada sistem kesihatan bila mana suara kita akan didengari dan diterima pakai oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita masih hendak mengekalkan kedudukan jururawat ini pada kedudukan kumpulan sokongan sahaja sepertimana yang berlaku pada hari ini, maka tidak akan ada satu pihak pun yang akan menerima pandangan dan cadangan kita.

Cubalah kita renungkan kepada profession perguruan yang mana mereka telah berjaya menubuhkan suatu gagasan yang mewakili guru-guru di seluruh Malaysia (tanpa mengira mengira tangga gaji; diploma,degree atau master) dan mampu untuk mengeluarkan pendapat atau cadangan yang difikirkan sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mereka juga dapat mempertahankan segala hak-hak yang berkaitan dengan kepentingan mereka bersama.

Betapa indahnya jika bidang kejururawatan juga mampu mengikuti jejak langkah ini. Sebenarnya, kita yang memegang profession kejurawatan ini juga boleh mencontohi profession perguruan jika kita tidak terlalu berfikiran sempit hanya kerana isu-isu yang remeh-temeh (doctor dan jururawat tidak boleh sama tahap, bayaran doctor dan jururawat tidak boleh sama, degree nurse buat kerja yang sama dengan diploma jadi buat apa nak bayar lebih) yang diketengahkan oleh sesetengah pihak yang tidak menyukai akan perkembangan dalam bidang kejururawatan ini. Akhir sekali, minta semua pihak terutamanya para jururawat yang ada agar dapat berfikir dengan jelas dan baik. Sama ada kita ini degree nurse atau diploma nurse, kita sebenarnya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama.
Wallahua’lam





2 comments to Diploma Nurse dan Degree Nurse-Persaingan atau Perubahan??:



Anonymous said...
hello,saya nie lepasan spm dan bakal mengambil diploma kejururawatan.
tapi saya masih ragu² dengan kos nie.
sebab saya ni lelaki,jadi macam janggal pulak bila saya ambil kos nie kan.

dan,apa kelebihan diploma kejururawatan nie ?ada peluang utk menjadi doctor ke ?

contohnya,jika saya dah dapat kerja menjadi jururawat,berapa gaji diorang biasa eh ?nak tahu je.

terima kasih kalau reply balik.
hehe

My REPLY TO THIS POST


Tergelak sakan aku baca anon kat atas tu ada hati nak jadi doktor. kalo doktor perubatan yang ko maksudkan memang ko tak layak la. kemasukan ke ijazah doktor perubatan melalui matrikulasi sains/asasi sains/stpm sains/diploma sains UiTm/diploma mikrobiologi UiTM/diploma teknologi makmal perubatan UiTM dimana asas program yang aku sebut diatas ni belajar tentang subjek core sains iaitu kimia, fizik dan biologi secara lanjutan/. so dalam diploma nursing kome tak belajar semua tu. kome belajar yang senang jer mcm nursing subjek, mikrobiologi pun tahap nursing jer (so mikrobiologi simple jer ni, behavioral science, pyschology, sosiologi nurse dan subjek clinical nursing mcm surgery, obstetrik/gine, peads, psy, medical (cardio/nefro/gastro/uro/neuro) dan semua tu belajar tahap nursing jer. semua buku pun tulis for nursing jer kan..korang tak der la belajar tahap doktor or tahap scientist biomedical pun. so disebabkan itu la korang tak layak jadi doktor perubatan dan ditakdir jadi kuli doktor perubatan. mungkin kalo dah kemaruk nak jadi doktor sgt leh amek ijazah phd nursing jadi doktor of nursing..
untuk blogger ni pulak ko jgn ingat ni mcm uk ke us ke paris london tu. ini malaysia. pemikiran orang tak sama dengan orang sana.
memang nasib korang la amek ijazah kejururawatan tu. aku ni kerja line medical juga. ramai dah jumpa dengan lepasan degree nursing ni. ramai yang aku jumpa depa ckp kerja mereka jawat tu tak mcm yang mereka harapkan. ada sorang nurse ni dari hospital swasta dekat seremban ada degree nursing uitm tapi kerja gaji dapat 1600 jer pastu kerja kat icu penat tak berbaloi dia ckp. gaji lak staff diploma pun sama jer dengan ada degree..pastu ada juga yang ada ijazah dari uiam pun ada. kalo nak gaji lebat sikit mungkin leh join sales kalo tak haram lah orang nak bagi ko gaji ribu raban dengan kerja ko seorang nurse yang nurse diploma pun leh wat kerja tu. so memang padan la dengan muka korang ni. By the way..fresh graduate nursing degree mmg tak der tempat untuk jawatan pegawai kejururawatan u41 tu kerana korang tak der pengalaman utk handle mostly kerja pentadbiran wad dan unit ambulatori atau klinikal. aku ckp atas sebab seorang pengawai kejururawatan atau selalu depa pangil matron tu selalu yang staff nurse yang senior umur dah tahap makcik2 dah. hospital selalu amek staff nurse yang berpengalaman dimana pernah kerja sebagai staff nurse diploma (u29) selama bertahun dan sambung ijazah baru lah ada peluang utk dpt pos matron ni. kalo sister u32/u36 tak perlu ada ijazah pun just post basic/pengalaman 15tahun kerja automatik dapat naik pangkat dari u29. aku ingat kalo korang yang muda2 fresh  grad dari universiti yang nak amek pos pegawai kejururawatan u41 mmg kena buli la dengan staff nurse gred diploma jer sebab mereka lagi berpengalaman dan tua dari ko. satu lagi swasta pun dia tak kisah ko punya ada ijazah ke tak. janji ko leh kerja dia amek. ada sebab tu dekat hospital swasta depa bagi sama jer gaji walaupun ko ada degree/diploma
memang malang la sapa2 amek ijazah nursing ipta drp lepasan matrik/stpm ni. betul la seperti kata dari forum paramedik tu..sepatutnya kemasukan ke ijazah kejururawatan tu diberi hanya kepada mereka yg mawkan upgred dari staff diploma dan bukan amek staff lepasan matrik/stpm. tapi yang dapat ijazah nursing dari calon matrik.stpm selalunya mereka bukan nak pun tapi dah kena lelong sebab tak der sapa nk kursus so sp2 yang malang mmg kena lelong la dengan ijazah jururawat ni

3 comments:

  1. Skrg da byk amik md mbbs melalu diploma kesihatn, kena crk jek, ilmu utk semua, rezeki Allah tentukan! Hina mulia manusia bukan manusia tentukan..

    ReplyDelete
  2. sory yea....saya ambik degree nursing by request...walaupun asalnya dpt kos engineering...nk kate yg ambik medic tu pandai sgt pun xde la...ramai je kawan2 saya yg result lebih kurang je, tp ambik medic...
    what we want here is to upgrade our malaysian health status...that's why degree is very important as a basic...
    if not, how we want to become a developed country

    ReplyDelete
  3. Hai, hadir suport blog.Btw , jika ada perlukan bantuan untuk kajian research ,saya RA sedia membantu:seperti mencari jurnal,kajian LR ,nak buat spss atau apa sahaja berkaitan thesis MBA ke boleh wsp saya 0166371460 (NURSING AREA JUGA BOLEH DAN SAYA JUGA MENULIS UNTUK BUKU CERITA DAN NOVEL .JIKA NAK UPAH BOLEH WSP YA)..SEMOGA TUAN RUMAH DIMURAHKAN REZKI SELALU.

    ReplyDelete

Silakan Menyalak Puan dan Tuan Jururawat Sedunia